Details
February 18, 2016
Amcorp menyambut Tahun Baru Cina 2016 bersama Rumah Sejahtera Seri Setia
 
AMCORP MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2016 BERSAMA RUMAH SEJAHTERA SERI SETIA
Oleh Nor Syamimi Binti Murtaza

Petaling Jaya, 18 Feb 2016 Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2016, bersamaan Tahun Monyet, Amcorp Group Berhad (Amcorp) telah menganjurkan majlis sambutan perayaan di Dewan Utama, Tingkat 1, Menara PJ kira-kira jam 12 petang. Amcorp dengan berbesar hati telah menjemput 20 orang warga emas dari Rumah Sejahtera Seri Setia, Sg. Way, Selangor sebagai tetamu khas untuk meraikan majlis perayaan tersebut bersama-sama dengan ahli-ahli Pengurusan dan kakitangan Amcorp.

Sambutan ini diteruskan lagi dengan kata aluan daripada pengacara majlis, Syed Mohd Zahir dan Chin Pik Chuan diikuti dengan Tarian Singa. Semua yang hadir di dewan terhibur dengan persembahan Tarian Singa yang menarik terutamanya kelincahan pergerakkan singa yang telah meriuhkan suasana majlis tersebut. 
 
pic1
Tarian Singa yang meriuhkan suasana majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2016 di Amcorp

Selepas persembahan Tarian Singa, Puan Shalina Azman, Pengerusi Amcorp Properties Berhad menyampaikan cenderahati yang terdiri daripada ‘angpau’ dan ‘goody’ beg kepada wakil dari Rumah Sejahtera Seri Setia. Encik Azmi Hashim, Pengarah Amcorp Properties Berhad turut bersama mengahadiri perayaan ini. 
 
pic2
Encik Azmi Hashim, Pengarah Amcorp Properties Berhad menerima buah oren dan limau bali daripada
kumpulan Tarian Singa bagi pihak syarikat

pic3   pic4
Puan Shalina Azman, Pengerusi Amcorp Properties Berhad menyampaikan cenderahati yang terdiri daripada ‘angpau’ dan ‘goody’ beg kepada wakil dari Rumah Sejahtera Seri Setia 

Upacara makan tengahari dimulakan dengan menyempurnakan acara tradisi menggaul ‘Yee Sang’ (Lo-Sang), iaitu makanan tradisi untuk perayaan Tahun Baru Cina. Ia dikatakan tradisi menggaul ‘Yee Sang’ melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan kepada mereka yang mengamalkan tradisi tersebut. Para tetamu dan kakitangan Amcorp telah disajikan dengan hidangan ala-ala “Chinese Cuisine” yang rasa sungguh enak sekali.   

pic5Acara ‘Lo-Sang’ bersama tetamu khas Rumah Sejahtera Seri Setia

Para warga emas  mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Amcorp kerana sudi menjemput mereka untuk bersama-sama meraikan perayaan tersebut dan pihak pengurusan turut mengucapkan ribuan terima kasih kapada warga emas Rumah Sejahtera Seri Setia. 
 
Online Enquiry